top of page

Amy Search Bakal Gegarkan Axiata Arena Dalam Konsert Solo Pertama!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 2 days ago
  • 1 min read


Bersedia untuk malam yang penuh magis dan nostalgia! Ikon rock tanah air, Datuk Amy Search bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April 2025


Walaupun usianya sudah menjangkau 66 tahun, beliau bersedia menggegarkan pentas besar menerusi konsert solo pertamanya, Amy Search Magic First Solo Concert.

 

Selepas lebih 40 tahun mengukir nama dalam industri muzik, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa. Ia adalah simbol pencapaian agung seorang lagenda yang telah mencipta pelbagai kenangan buat peminat muzik tanah air.

 

Dengan tema penuh magis, konsert ini menjanjikan pengalaman luar biasa buat para peminat setia Amy Search yang bakal dihiburkan dengan barisan lagu-lagu hit sepanjang kerjaya beliau.

 

“Lagu-lagu yang akan saya bawakan adalah bukan sekadar hits, tetapi juga pengalaman hidup yang membentuk siapa saya hari ini. Peminat akan dapat melihat sisi peribadi saya yang jarang mereka ketahui,” ujarnya.

 



Antara zon tempat duduk yang ditawarkan termasuk The Rock Zone (RM1,388), Rock Royalty (RM788), Saatku Idamkan (RM608), Kalimah Cinta (RM538), Kerja Gila (RM388), Gita Rama Sita (RM288) dan Lagu: Tiada Lagi (RM188).

 

Jangan tunggu lama-lama kerana tiket The Rock Zone sudahpun habis dijual! Tempah tiket anda sekarang di: www.wowtix.com.my.

 

Ini bukan sekadar konsert. Ini malam bersejarah yang bakal dikenang seumur hidup!




Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page