Big Stage Alpha: Lelaki Dominasi Pentas, Siapa Akan Menyerlah?
- Ain Najihah
- 6 hours ago
- 1 min read

Astro memperkenalkan ‘Big Stage Alpha’, sebuah rancangan realiti baharu yang bakal mencetuskan fenomena tersendiri apabila menyaksikan 18 bintang lelaki berentap untuk membentuk ‘boy group’ pertama di bawah naungan Astro. Program ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan Big Stage dan akan bersiaran bermula 27 April 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria serta platform penstriman Astro GO dan sooka.
‘Big Stage Alpha’ membawa pembaharuan dengan format ‘all-male spin-off’, menggabungkan elemen pertandingan vokal berintensiti tinggi dan semangat kekitaan. Peserta dinilai berdasarkan persembahan solo dan berkumpulan oleh barisan juri berpengaruh seperti Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini,
manakala undian penonton akan menentukan siapa yang terus mara ke peringkat akhir.

Barisan peserta terdiri daripada Afiq Sky, Alif Azri, Allan Andersn, Ariel Fesol, Ashmirul, Araff, Que, Qarl G, Daniel Sher, Ray-D, Apich Lo, Ridhwan Azman, Awienit, Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Izat Ibrahim, Rizal Rasid dan Shaqeen. Mereka datang dari pelbagai latar belakang termasuk Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Program ini dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose. Big Stage disokong oleh penaja utama Perfume Paradise serta ZUS Ngupi sebagai Kopi Rasmi. Ia turut menampilkan segmen tambahan seperti Diari Big Stage Alpha dan Buzz Big Stage Alpha untuk memberi gambaran menyeluruh tentang perjalanan peserta.
Big Stage Alpha dijangka menjadi batu loncatan kepada peserta untuk mencipta nama di persada muzik tanah air dan antarabangsa, sekaligus memberi warna baharu kepada industri hiburan Malaysia.
Commentaires