top of page

BLOOD BROTHERS: BARA NAGA – Naskhah Aksi Meledak Aidilfitri Ini!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 6 days ago
  • 2 min read


Menjelang kemeriahan Syawal, Skop Productions bersama Primeworks Studios membakar semangat Aidilfitri dengan sebuah naskhah aksi sarat konflik, Blood Brothers: Bara Naga yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 10 April 2025!

 

Disifatkan sebagai karya paling epik terbitan Skop Productions, filem ini diterajui dua sutradara hebat iaitu Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, yang mengangkat dunia gelap mafia tempatan ke layar lebar dengan cara luar biasa dan penuh gaya.

 



Selain gandingan mantap Syafiq Kyle dan Sharnaaz Ahmad, filem ini turut dibintangi nama-nama besar seperti Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Andy Teh, Irfan Zaini, Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Ray Dap Dap dan ramai lagi. Ditambah dengan visual bergaya dan aksi intens, Blood Brothers: Bara Naga menjanjikan pengalaman sinematik yang mendebarkan dari awal hingga akhir.

 

“Dua tahun penuh dedikasi telah kami curahkan untuk menghasilkan Blood Brothers: Bara Naga. Setiap peringkat, bermula daripada perancangan, penulisan, penggambaran, hingga  pascaproduksi, menyaksikan usaha gigih daripada seluruh kru dan pelakon. Saya yakin filem ini akan membuka lembaran baru dalam industri filem negara dan memberi inspirasi kepada karyawan lain untuk menghasilkan karya yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.” ujar Syafiq Yusof pada malam tayangan perdana.

Abhilash Chandra pula menyifatkan kolaborasi ini sebagai satu perjalanan kreatif yang luar biasa, membolehkan mereka meneroka tema dan gaya penceritaan segar dalam genre aksi Malaysia.

 



Tayangan Perdana Blood Brothers: Bara Naga ini dihadiri oleh Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Yusof Haslam, Pengasas Skop Productions, Datuk Hans Isaac, Pengerusi FINAS, Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, dan ramai lagi.

 

Tayangan perdana turut diserikan dengan persembahan OST ‘Bara Jiwa’ oleh Azlan Typewriter dan Muzza, yang membangkitkan emosi semangat dan persaudaraan melalui lirik mendalam dan melodi bertenaga, selari dengan tema bara yang menyala dalam jiwa setiap watak.

 

Jangan tunggu lama, tayangan awal Blood Brothers: Bara Naga sudah mula menggegar 146 pawagam terpilih seluruh Malaysia bermula 8 April 2025. Saksikan pertarungan antara darah sendiri dan kebenaran yang bakal mengubah segalanya.

 

Ikuti segala perkembangan terkini serta kandungan eksklusif filem ini di semua platform rasmi Primeworks Studios!



Comments


bottom of page