top of page

Dari Gelanggang ke Hati: Ong Yew Sin dan Aya Ohori Kini Bertunang



Pemain badminton beregu lelaki Malaysia, Ong Yew Sin, telah bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada hari Rabu. Perkara menggembirakan itu dikongsikan oleh kedua-dua atlet berkenaan menerusi laman Instagram pada awal pagi Khamis.


Dalam satu kenyataan bersama, mereka meluahkan rasa gembira atas pertunangan tersebut.


“Ohori telah menerima lamaran saya dan kami tidak boleh lebih bahagia untuk berkongsi berita ini dengan dunia. Meskipun kami berasal dari negara, budaya, dan gaya hidup yang berbeza, hubungan ini tetap bermakna buat kami,” ujar Yew Sin menerusi Instagram.


Hubungan percintaan antara Yew Sin dan Ohori telah menarik perhatian peminat badminton tanah air kerana mereka sering dilihat meluangkan masa bersama.


Ohori, yang merupakan salah seorang pemain perseorangan wanita terbaik Jepun, mencapai ranking dunia tertinggi dalam kerjayanya di tangga ke-7 pada 17 Disember 2023.


Pemain berusia 28 tahun itu telah bersara selepas menamatkan kejohanan terakhirnya di BWF World Tour Finals pada Disember tahun lalu.


 
 

Kommentare


bottom of page