top of page

Dari Rahim Yang Sama, Watak paling Kejam Nabila Huda?

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 5 days ago
  • 1 min read

Nabila Huda kembali mencuri tumpuan menerusi watak kejam Suraya dalam drama terbaharu Dari Rahim Yang Sama yang bakal bersiaran di slot Samarinda, TV3 mulai 14 April ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.

 

Drama arahan Amor Rizan terbitan Anomali Media ini mengangkat kisah pilu Balqis (Mhia Firdaus), remaja yang membesar tanpa sijil lahir bersama dua adik lelakinya akibat kecuaian ibu mereka, Suraya merupakan seorang GRO yang hanya mementingkan diri.

 

Konflik memuncak apabila Suraya mengaku sengaja tidak mendaftarkan anak-anaknya kerana takut ditinggalkan. Jalan cerita penuh emosi ini membuka mata tentang isu anak tidak sah taraf dan pengorbanan seorang kakak demi masa depan adik-adiknya.

 



Nukilan skrip oleh Naza Manas, Dari Rahim Yang Sama ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Nabila Huda, Mhia Firdaus, Rykarl Iskandar, Rafique Iskandar, Angeline Tan dan Kahoe Hon, drama ini menjanjikan lakonan penuh emosi yang mampu menghidupkan setiap watak dengan sempurna.

 

Dari Rahim Yang Sama bukan hanya sebuah drama, tetapi suara buat anak-anak yang tidak bersuara. Ia membuka ruang perbincangan tentang isu sosial yang jarang diketengahkan seperti anak tidak sah taraf, dan kecuaian ibu bapa.

 

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan drama ini menerusi slot Samarinda bermula esok, 14 April 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam. Penonton juga boleh menikmati tayangan awal 24 jam lebih awal secara eksklusif hanya di platform Tonton.

 

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

 





 

Commentaires


bottom of page