Filem Paling ‘Padu’ Tahun Ini? GAYONG Dedah Kisah Sebenar Pengasas Silat Gayong!
- kaypohmedia
- 2 days ago
- 1 min read
Bersedia untuk merasai kehangatan seni tempur tradisional Melayu di pawagam? Filem aksi-biografi GAYONG bakal menemui penonton seluruh negara mulai 8 Mei 2025, dan pastinya menjadi antara naskhah wajib tonton tahun ini!

Menampilkan Beto Kusyairy sebagai teraju utama memegang watak lagenda silat, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR), filem ini diinspirasikan daripada kisah benar pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia. Turut sama menjayakan filem epik ini ialah Nabila Huda, Syafie Naswip, dan bintang aksi antarabangsa, Yayan Ruhian dari Indonesia.

Arahan Faisal Ishak, GAYONG bukan sekadar filem aksi biasa. Ia sarat dengan semangat perjuangan, pengorbanan dan cinta kepada warisan bangsa. Setiap pelakon juga menjalani latihan intensif silat bersama tenaga pengajar sebenar dari Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bagi memastikan ketulenan setiap gerakan di layar.
Pihak produksi turut mendapat sokongan penuh daripada waris keluarga ADMAR dan ahli-ahli silat yang mahu melihat seni warisan ini terus hidup dalam jiwa generasi akan datang.
Dengan gabungan aksi mendebarkan, jalan cerita menyentuh jiwa dan nilai budaya yang mendalam, GAYONG dijangka mencetuskan fenomena baru dalam dunia filem tempatan.
Jangan lepaskan peluang. Temui pahlawan legenda di pawagam bermula 8 Mei ini!
Comments