‘First Wives’ Raikan Solidariti Wanita Hadapi Pengkhianatan Dalam Rumah Tangga
- Nurul Safiah
- 4 days ago
- 2 min read

Astro Originals kembali dengan drama premium terbaharu bertajuk First Wives, yang menyelami perjuangan dan solidariti wanita dalam menghadapi realiti perkahwinan yang penuh pengkhianatan dan beban emosi.
Siri 8 episod ini akan mula ditayangkan pada 11 April menerusi pelbagai platform Astro termasuk On Demand, Astro GO, sooka, Astro Citra dan Astro Ria.
First Wives mengetengahkan kisah dua sahabat baik sejak kecil, Diyana (lakonan Mimi Lana) dan Michelle (Melissa Campbell) yang berdepan krisis rumah tangga. Diyana terkejut apabila mendapati suaminya, Azzim (Malek Mccrone) telah berkahwin lain secara rahsia, manakala Michelle pula terjerat dengan hutang ah long akibat ketagihan judi suaminya, Roshan (Charles Roberts). Ini juga merupakan kali pertama Mimi Lana membawakan watak komedi, memberikan nafas baharu dalam kerjayanya.

Selain dibintangi oleh pelakon utama, drama ini turut menampilkan barisan pelakon berpengalaman dan baharu seperti Andy Teh, Carmen Soo, Theebaan G, Zeera Azizi dan Sathisvaran. First Wives diarahkan oleh Imri Nasution dan ditulis oleh Catalina Mae Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali serta Dee Dee Peter.
First Wives merupakan terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Productions.
Menurut Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, First Wives membawa mesej mendalam tentang kekuatan wanita dan kepentingan persahabatan.
“Jangan pandang rendah pada wanita, mesej ini yang ingin kami bawakan dalam First Wives. Jalan cerita ini bukan sekadar kisah fiksyen, tetapi cerminan realiti di mana kes curang dan kes terjerat dalam hutang suami banyak berlaku dalam masyarakat kita,” katanya.

First Wives akan ditayangkan setiap Jumaat mulai 11 April di On Demand dan Astro GO bermula jam 12 tengah malam, serta di Astro Citra (saluran 108) pada jam 9 malam. Tayangan ulangan juga boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) setiap Isnin jam 9 malam.
Untuk maklumat lanjut dan kandungan eksklusif, ikuti First Wives di media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw dengan tanda pagar #FirstWives dan #AstroOriginals.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah penuh emosi, aksi dan solidariti wanita dalam First Wives!
Comentários