top of page

G)I-DLE & BamBam Bergabung di Pentas Bersejarah Stadium Merdeka

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 1 day ago
  • 1 min read


Live Universe dengan penuh bangga mengumumkan sebuah acara mega yang pastinya dinanti-nantikan peminat K-Pop tanah air! Konsert istimewa yang menampilkan dua nama besar industri hiburan Korea, (G)I-DLE dan BamBam dari kumpulan GOT7!


Buat julung kalinya dalam sejarah, konsert K-Pop akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 14 Jun 2025, menjadikannya satu detik bersejarah buat dunia hiburan tempatan. Menurut wakil Live Universe, penganjuran konsert ini bukan sekadar hiburan semata, malah satu usaha mencipta momen bermakna yang akan terpahat dalam ingatan peminat K-Pop di Malaysia.


Stadium Merdeka dipilih bukan sebarangan, ia dipilih kerana nilai sejarah yang begitu mendalam dan seni bina yang ikonik. Lokasi ini tampil sebagai pilihan paling ideal untuk menganjurkan konsert bertaraf antarabangsa.


Gabungan mantap antara (G)I-DLE dan BamBam dijangka menyajikan persembahan bertenaga dan luar biasa, sekaligus memberi pengalaman konsert yang tidak dapat dilupakan oleh para peminat.


Hadiah Eksklusif untuk 10,000 Pembeli Tiket Terawal!



Sebagai penghargaan istimewa, Live Universe akan mengadakan cabutan bertuah untuk 10,000 pembeli tiket terawal:

  • Toyota Vellfire: Untuk pemegang tiket kategori CAT1, CAT2 dan CAT3

  • iPhone 16: Untuk pemegang tiket kategori CAT4, CAT5 dan CAT6


Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah dan merasai kehangatan K-Pop di tengah ibu kota!


Comments


bottom of page