
Festival muzik antarabangsa adalah cara yang terbaik untuk menyatukan pencinta muzik! Ia memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan persembahan hebat daripada artis terkenal dari seluruh dunia serta menemui bakat baharu yang boleh dimasukkan ke dalam senarai muzik anda! Di Malaysia, pelbagai festival muzik telah dianjurkan sepanjang tahun dan antara yang paling terkenal ialah Good Vibes Festival.
Pada tahun lalu, Malaysia diumumkan sebagai tuan rumah bersama bagi ASEAN-Korea Music Festival yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Festival tahunan ini mula diperkenalkan pada tahun 2020 dengan matlamat untuk memperkukuh hubungan budaya antara Korea dan negara-negara ASEAN melalui muzik popular. Pada edisi 2024, festival ini berlangsung di Laos dan menampilkan barisan artis terkenal seperti BamBam dari GOT7 mewakili Korea, Masdo dari Malaysia, serta kumpulan wanita KAIA dari Filipina.
Round Festival akan diadakan pada 21 dan 22 Jun 2025 bertempat di Zepp KL.Festival ini dianjurkan oleh KBS World, ASEAN-Korea Cooperation Fund. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tiket dan jualannya, anda disarankan untuk mengikuti @roundfestival. Nantikan pengumuman rasmi mengenai harga tiket dan tarikh jualan yang akan dimaklumkan kemudian!
Commenti