top of page

Penyanyi Rap Nico Meninggal Dunia di Kediaman Rakan

  • Writer: ain najihah
    ain najihah
  • 2 days ago
  • 1 min read

Sumber: Berita Harian
Sumber: Berita Harian

Penyanyi rap dan anggota kumpulan Nico G, Nico atau nama sebenarnya Abdul Fashah Bin Abdul Aziz, 52 tahun, telah meninggal dunia dalam  tidur di Kampung Baru sekitar pukul 11 malam tadi.


Ayob, bekas pengurusnya, memberitahu bahawa dia menerima panggilan sekitar pukul 11.15 malam yang memaklumkan tentang pemergian arwah.


"Saya dimaklumkan bahawa arwah singgah di rumah rakannya di Kampung Baru selepas bekerja sebagai pemandu Grab untuk berehat sebentar. Ia sudah menjadi kebiasaan bagi arwah untuk singgah di Kampung Baru meskipun tinggal di Cheras.


"Namun, apabila rakannya cuba mengejutkannya, arwah sudah tidak bergerak. Jenazahnya kini dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya. 


Mengenai punca kematian, Ayob menyatakan bahawa dia tidak pasti dan keluarga arwah meminta agar menunggu keputusan bedah siasat yang dijadualkan pagi ini.


Nico meraih populariti bersama kumpulan Nico pada awal 1990-an, yang turut dianggotai oleh Affa dan Dino.


Kumpulan ini pada mulanya dikenali sebagai Nico atau Network International Chicanos Organization dan terkenal dengan lagu Inilah Nasibku pada 1993. Mereka memulakan karier dengan album Buatan Los Angeles, diikuti dengan Realiti pada 1995 dan Alamak! pada 1996.


Pada 2003, Nico kembali dengan album Ops Kecoh bersama ahli baru, Ezad. Setelah sekian lama tidak aktif, Nico kembali dengan anggota asal di bawah nama baru, Nico G, sebagai sebahagian daripada projek penjenamaan semula kumpulan tersebut.



 
 
 

Comentarios


bottom of page