top of page

Pop-Up Paling Stylish April Ini, Puma Speedcat Ballerina di Bukit Bintang!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 4 days ago
  • 1 min read


Pertama kali diperkenalkan di pentas peragaan OpéraSPORT bagi koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2025 semasa Minggu Fesyen Copenhagen, Puma Speedcat Ballerina terus mencuri tumpuan ramai dengan gabungan gaya sporty dan rekaan ala Mary Jane.  Selepas mencuri perhatian peminat fesyen global dan mencetuskan perbualan hangat selama beberapa bulan, akhirnya rekaan yang dinanti-nantikan ini tiba secara rasmi di pasaran Malaysia.


Rekaan terbaharu ini menonjolkan bahagian hadapan yang terbuka serta tali elastik bergaya ballerina yang memberikan sokongan dan kestabilan ketika bergerak. Ia tetap setia pada warisan Speedcat yang diinspirasikan daripada dunia sukan permotoran, dengan siluet yang anggun dan potongan rendah. Gabungan unik antara elemen balet dan perlumbaan ini ditampilkan dalam pelbagai warna yang menarik daripada kombinasi feminin hitam dan merah jambu dua tona, sehinggalah perak metalik yang menyerlah seperti badan kereta lumba F1.



Puma dan JD Sports bekerjasama untuk menganjurkan sebuah pop-up eksklusif di Starhill Piazza, Bukit Bintang dari 16 hingga 20 April. Para pengunjung dijemput untuk "check-in" ke motel ikonik, merasai suasana retro yang nostalgik serta meneroka koleksi Speedcat Ballerina melalui pelbagai aktiviti interaktif dan peluang bergambar menarik. Lebih menarik, anda boleh menikmati slushie yang menyegarkan sambil mencipta rantai kunci motel hanya di JD Sports, Pavilion KL. Ini bukan sekadar pelancaran koleksi, tetapi sebuah pengalaman gaya hidup yang menggabungkan fesyen, kenangan dan kreativiti!


Comments


bottom of page