
PUBG MOBILE terus mencipta fenomena dengan mengumumkan kolaborasi epik bersama kugiran retro-pop sensasi Malaysia, MASDO!
Kerjasama ini meraikan ulang tahun ke-7 permainan popular tersebut dengan sentuhan nostalgia, menggabungkan irama vintaj MASDO dalam PUBG MOBILE Versi 3.7 serta memperkenalkan peta terbarunya, Rondo.
Menurut Pengurus Produk (Malaysia) PUBG MOBILE, Adil Hisham, beliau sangat teruja dengan kerjasama ini.
“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan MASDO dan Warner Music Malaysia bagi membawakan pengalaman imbauan masa lalu yang unik kepada pemain kami.
"Kerjasama ini dengan sempurna menangkap semangat dan nostalgia PUBG MOBILE Versi 3.7, menawarkan bunyi retro masa lalu dengan permainan yang menggembirakan di medan pertempuran,” katanya.
Lagu eksklusif hasil kolaborasi ini, “Bertemu Kembali”, telah dilancarkan pada 14 Mac 2025 sempena Grand Final PUBG MOBILE Super League (PMSL) SEA Spring 2025, mencatat lebih 1 juta tontonan daripada pelbagai platform media sosial dalam masa singkat!
Video muzik rasmi “Bertemu Kembali” pula dilancarkan pada 24 Mac.
Lagu ini kini boleh dinikmati di pelbagai platform media sosial dan perkhidmatan penstriman muzik utama, termasuk Apple Music dan Spotify, melalui saluran rasmi MASDO.
Lebih menarik, peminat bakal disajikan dengan lagu kedua daripada MASDO untuk PUBG MOBILE sempena sambutan Hari Merdeka pada Ogos ini!

Bukan itu sahaja, MASDO Voicepack yang menampilkan suara Ali, Mawi dan Ceri turut akan dimasukkan ke dalam permainan!
Jangan ketinggalan untuk menikmati pengalaman baharu dalam PUBG MOBILE Versi 3.7: Golden Dynasty, ulang tahun ke-7, serta Rondo, peta terbesar dalam sejarah PUBG MOBILE!
Kommentare