top of page

Siso Kopratasa muncul dengan Bersalaman di Hari Raya


Sebuah lagu raya terbaru Bersalaman Di Hari Raya, ciptaan Siso Kopratasa dengan lirik hasil nukilan Dato’ Seri Zulkepli Ibrahim yang bakal dikelaurkan 26 Mac ini.

 

Lagu ini akan dinyanyikan oleh Siso Kopratasa sendiri, merangkap seorang susuk figura seni yang tidak asing dalam industri muzik tanah air.

 

Lirik lagu Bersalaman Di Hari Raya menggambarkan keindahan dan keberkatan Syawal, yang bukan sahaja sebagai hari kemenangan bagi umat Islam tetapi juga hari yang menyatukan ahli keluarga.

 

Lagu ini menekankan kepentingan bersalaman sebagai simbol kemaafan, mempereratkan silaturahim, serta memulihkan hubungan yang mungkin pernah keruh.

 

Menurut Siso, lagu ini telah dicipta setahun yang lalu dengan elemen muzik yang menyerupai gaya lagu-lagu era 60’an. Inspirasi irama ini lahir secara spontan setelah beliau menghayati liriknya, yang memiliki sentuhan klasik dalam gaya penulisannya.

 

Lagu ini telah dirakamkan di Studio Tok Lal bertempat di Melaka, dengan gubahan muzik hasil sentuhan Tok Lal sendiri.



Siso berharap agar lagu Bersalaman Di Hari Raya dapat diterima oleh semua peminat lagu raya di Malaysia.

 

Beliau juga berharap agar lagu ini menjadi sebahagian daripada khazanah lagu-lagu raya yang terus dimainkan dan dihargai oleh generasi kini dan akan datang.

 

Semoga lagu ini membawa kegembiraan serta menghidupkan semangat Syawal untuk semua.

 
 

Commentaires


bottom of page