top of page

Tiga Penyampai ERA FM Kembali Bersiaran Selepas Sebulan Digantung Tugas

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 3 days ago
  • 1 min read

Tiga penyampai radio popular ERA FM — Nabil Ahmad, Radin, dan Azad Jasmin — kembali bersiaran pagi ini selepas digantung tugas selama sebulan susulan satu kontroversi.


Kemunculan semula mereka diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram rasmi ERA FM yang memaparkan ketiga-tiga penyampai kembali mengendalikan segmen kegemaran ramai, 3 Pagi ERA.


“Alhamdulillah, tiga sahabat bersatu kembali. Welcome back #3PE! Lepas lama tak on air sama-sama, akhirnya hari ini hari paling bersejarah untuk mereka. Rinduu tak? #sharERA #3PAGIERA,” menurut kapsyen hantaran tersebut.


Sepanjang tempoh penggantungan, segmen berkenaan telah dikendalikan oleh penyampai gantian iaitu Munabella, Namie, Sharifah Shahirah, dan Haziq Hussni.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja serta mengalu-alukan kemunculan semula trio tersebut yang sudah sinonim dengan segmen pagi ERA FM.

 
 
 

Kommentare


bottom of page